Wednesday 6 April 2011

KULIT BUKU

Saya memilih tajuk 'Rugby Skills' kerana jarang untuk menemui buku yang berkenaan permainan sukan ragbi. Tidak semua pelajar didedahkan dengan sukan ragbi di sekolah. Saya berharap sukan ragbi diminati dan dimainkan seperti sukan-sukan yang popular seperti bola sepak, badminton, hoki dan lain-lain.

Tuesday 29 March 2011

BIODATA

NAMA : MUHAMMAD ZAKI BIN CHE NORDIN
TARIKH LAHIR : 11 OGOS 1989
TEMPAT LAHIR : FELDA ENDAU, JOHOR
BIL. ADIK-BERADIK : ANAK KE-4 DARIPADA 7 ORANG
HOBI : BERSUKAN
SUKAN : RAGBI
NO. MATRIK : A129444
PROGRAM : SUKAN DAN REKRIASI
ALAMAT KAMPUNG : PTD 1779, JLN HAJI ARIFFIN, 86900 ENDAU, JOHOR.
FACEBOOK : zackey89_edau@yahoo.com

BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

Bahan-bahan yang digunakan:
  • Botol
  • Bantal yang tidak digunakan
  • Surat khabar
  • Pasir
  • Gunting
  • Pisau lipat
  • Salotip 





Tuesday 15 March 2011

VIDEO SUKAN

All Blacks Tricks Rugby Sportswizards


Rugby_Tactics And Highlights


Rugby_Tackling Technique Tips


Rugby_Scrum Technique


Rugby_Dan Carter Unbelievable Kick!


Tennis_Tutor Tennis Ball Machine Practice Partner in Action


Jugs Small Ball Pitching Machine for Baseball and Softball


Softball_Jugs Softball Pitching Machine


Cricket_Ball Machine With Spin And Swing


Cricket_Playmaker Ball Machine Cricket Demo


Basketball_Shooting Machine

GAMBAR BERUNSUR TEKNOLOGI


Metalworking Yodogawa dan blade Kinki Knives Corporation dari Jepun memperkenalkan Meguru iaitu beca masa hadapan. Ia merupakan sebuah kenderaan elektrik yang mempunyai 3 roda dan memuatkan 3 orang penumpang termasuk pemandu. Rangkanya diperbuat daripada besi, lantainya daripada buluh dan pintunya daripada kertas.Dengan baterinya yang diisi penuh selama 2 jam ia mampu menempuh jarak sekitar 40km. Harganya sekitar USD1000.

Honda 3R-C adalah kenderaan masa depan beroda 3 keluaran Honda. Ia mempunyai 2 roda di hadapan dan 1 roda di belakang. Kenderaan ini menggunakan kuasa elektrik (bateri) dan hanya mempunyai 1 tempat duduk. Ia mempunyai kanopi lutsinar yang menutupi tempat duduk pemandu apabila kenderaan ini tidak digunakan. Kanopi ini juga bertindak sebagai pelindung terpaan angin ketika kenderaan ini bergerak. Di bahagian hadapan kenderaan ini terdapat ruang untuk menyimpan barang.


Kereta yang diberi nama Kenguru ini, dihasilkan oleh Rehab Ltd, sebuah syarikat Hungary yang mengeluarkan berbagai produk untuk orang kurang upaya sejak 1915. Kenguru tidak mempunyai tempat duduk, hanya ruang untuk menempatkan kerusi roda. Kereta ini digerakkan oleh dua motor elekrik 4kW menggunakan kuasa beteri 48V AC. Ia boleh meluncur selaju 45 km/j dan dengan beteri penuh ia boleh bergerak sejauh 110 km.

Jam tangan telefon yang boleh ditanggalkan talinya ini ialah Penthouse Cell Phone Watch. Ia mempunyai paparan touchscreen 1.5  inci dan boleh menggunakan 2 sim kad. Ia dilengkapi dengan radio FM, kamera VGA, perakam dan pemain video, perakam suara, Bluetooth, kalkulator, alarm dan lain-lain. Harganya sekitar USD113.

Softbank sedang membangunkan Softbank Mimamori Camera iaitu sebuah kamera yang mempunyai sambungan hubungan dengan telefon bimbit. Ia digunakan untuk memantau aktiviti haiwan peliharaan di rumah ketika penghuninya keluar. Kamera ini mempunyai 0.3 megapiksel dengan digital zoom dan pengesan pergerakan. Kamera ini mampu untuk menghala 35 darjah dari kiri ke kanan serta 40 darjah ke atas dan 5 darjah ke bawah . Foto boleh di ambil melalui kiriman SMS kepada kamera ini. Ia diperkenalkan secara rasmi pada September 2010 di Jepun.

Alat GPS tanpa layar / skrin  yang bernama Kapten GPS ini diperkenalkan oleh Kapsys. Beratnya 50g dan saiznya lebih kurang sebuah MP3 player. Alat GPS ini juga lengkap dengan pemain MP3 dengan kapasitinya sehingga 3GB. Ia juga boleh digunakan sebagai Bluetooth Headset telefon bimbit melalui koneksi bluetooth. Ia direka untuk pejalan kaki dan akan menunjukkan arah jalan hanya dengan suara. Pengguna hanya perlu menekan butang dan mengatakan destinasi ke mana hendak di tuju. Harganya sekitar USD475.

Garmin Nuvi 295W iaitu alat GPS yang mempunyai kamera dan Wi Fi. Ia dilengkapi dengan paparan touchscreen 3.5 inci, kamera autofocus 3 megapiksel, sambungan wi fi, emel  kalender, kalkulator, stop watch, JPEG picture viewer, currency converter dan lain-lain. Harganya sekitar USD280.

Samsung HMX-S16 camcoder iaitu camcoder yang dilengkapi dengan Wi Fi. Ia mempunyai touchscreen WVGA 3.5 inci dan memggunakan harddisk SSD 64 GB serta mampu merakam video Full HD  (1080p). Pengguna boleh memindahkan foto dan video ke PC atau TV melalui connection Wi Fi.

 iTable merupakan sebuah komputer yang berbentuk seperti meja. Ia mempunyai skrin resolusi HD 42 inci. Layar sentuhnya tidak hanya dapat mengesan jari, tetapi juga pen stylus dan lain-lain.

Sony sedang membangunkan layar OLED yang sangat fleksibel sehingga boleh digulung. Ia berukuran 4.1 inci lebar dengan ketebalan 80 mikrometer dan resolusi 432 x 240. Dalam sebuah demo, layar tersebut mampu untuk terus memaparkan gambar bergerak walaupun ketika ia digulung.